PAK CIK ZAKARIA

WARONG ZACK TOMYAM

NO KEDAI 34

MEDAN SELERA PRIMA 2, SEKSYEN 2,SHAH ALAM 40000 SELANGOR


PEMILIK KEDAI : PAK CIK ZAKARIA BIN HASSAN & MAK CIK NINAH BINTI SAMAH

Pengalaman membuka berniaga dalam bidang masakan melayu dan ala-thai bermula sejak dari tahun 90 an dimana kami telah berniaga di negeri kelahiran Negeri Cik Siti Wan Kembang Kelantan Darul Naim. Perniagaan bermula dengan menjual makanan asal negeri kelantan seperti Nasi Dagang, Nasi Kerabu dan pelbagai menu ala-Thai. Setelah berhijrah ke Shah Alam sejak tahun 1999 kami berniaga di Seksyen 2 ini semenjak bangunan asal warong ini dibuka sehingga lah sekarang. Alhamdulillah dengan menu yang pelbagai dan kebersihan dan kualiti yang sentiasa dipantau rapi kami telah menarik minat ramai pelanggan dan berpuas hati dengan menu yang kami tawarkan. Menu masakan kami adalah pada harga yang sangat berpatutan, kerana pelanggan kami tersangat ramai dikalangan pelajar, jadi pada anda Selamat Berkunjung ke WARONG ZACK TOMYAM...mudah-mudahan kunjungan anda akan memberi kepuasan kepada kami

Pemantauan oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam dan Pelajar Fakulti Pengurusan Hotel Pelancongan UiTM sentiasa membantu dalam urusan penambahbaikan kualiti makanan dan kebersihan warung kami, terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang telah membantu dalam menambah baik warung ZackTomyam. Semoga kerjasama ini akan berterusan dan membantu kami kearah peningkatan kualiti makanan dan pengendalian warung kami pada masa akan datang.

PEMBUKAAN

Pemantauan kebersihan dan sesi diskusi bersama pengendali kedai makan dijalankan secara berterusan oleh pihak MBSA dan pelajar Fakulti Pengurusan Hotel dan elancongan Uitm bagi memastikan pengredan markah dijalan kan dengan terperinci dan baik.

Saya Zakaria Bin Hassan merupakan pemilik kepada perniagaan Zack Enterprise telah mula bernaga pada tahun 2008. Awal pembukaan warong ini adalah atas dasar perniagaan secara keluarga dan hasil usaha sama saya isteri dan anak-anak saya. Saya berharap anda dapat mengambil kesempatan untuk berkunjung ke WARONG ZACK TOMYAM di seksyen 2 ini terima kasih.

PRODUK MAKANAN


Makanan yang kami sediakan adalah berkonsepkan menu ala Thai Cuisine. Citarasa asia yang semestinya memberikan kepuasan dan keselesaan yang todak dapat dirasai ditempat lain. Kami menawarkan menu secara Ala-Carte dan menerima tempahan atas talian sekiranya terdapat pelanggan yang ingin membuat tempahan awal. Kami berharap agar pelanggan yang budiman dapat datang berkunjung dan menikmati juadah menarik diWarong Zacktomyam terima kasih.